Semalam saya scan gambar-gambar lama termasuklah gambar sewaktu saya belajar di Perusahaan Hamid Tukang Kayu pada tahun 1981 hingga 1983 dan saya googlekan Hamid Tukang Kayu. Hasilnya aku menemui laman web Hamid Tukang Kayu. Wah dah benar-benar mengikuti peredaran zaman. Dah ada laman web.
Saya lebih seronok bila ada link ke Perabut Suzi sebab laman Perabut Suzi & Razaleigh itu saya yang membinanya.
Dari tahun 1981 hingga kini 2008 maknanya kenangan itu dah pun 22 tahun berlalu. Teringat teman-teman yang sama-sama belajar dan bekerja di Perusahaan Hamid Tukang Kayu. Entah dimana mereka sekarang, saya pun dah tak tahu.
Ingat pada Mazlan, Rahman Omar, Hairan Sanip, Wak Malek, Abang Hasssan, Abang Ismail, Abang Ibrahim, Yan, Mahamood, Jaafar, Khalid dan yang lain-lain.
Saya pun dah tak ingat nama-nama mereka. Ingat kepada anak-anak Tuan Haji Abd. Hamid iaitu Abang Rahman, Abang Aziz, Rashid Kak Zaleha dan Adik. Saya rasa dah lebih sepuluh tahun saya tak berkunjung ke sana. Entah mereka ingat lagi pada saya entah tidak.
Di Perusahaan Hamid Tukang Kayu adalah tempat mula-mula saya mengenal hidup berdikari. Waktu itu saya masih belasan tahun. Berjauhan dari keluarga. Waktu itu hanya elaun RM3.00 sehari yang saya terima.
Tempat tinggal disediakan. Masak nasi dan bancuh air di buat secara bergilir-gilir. Lauk pauk dimasak oleh Hajjah Zabedah atau pun Kak Zaleha dan Adik iaitu anak Tuan Haji Abd. Hamid.
Dipetik Dari:
http://ardzham.blogspot.com
http://familiazam.com
Recent Comments