M-F: 6am – 5pm  |   S-S: 10am – 5pm

Mengenal Kayu

Di pasaran, ada pelbagai jenis perabot kayu direka mengikut kesesuaian kediaman, kegunaan, cuaca dan cita rasa. Pilihan kayu tidak sekadar meranti, kembang semangkok dan jati tetapi meliputi melunak, nyatoh dan sentang.
Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu tempayan kepada empat kumpulan, iaitu kayu keras padu ( heavy hardwood ), kayu keras pertengahan ( medium hardwood ), kayu keras ringan ( light hardwood ) dan kayu lembut ( softwood ). Perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus.

Begitu pun, syarat ini tidak membabitkan kayu keras pasu yang lebih mengutamakan cari tahan lama. Kayu merbau misalnya, dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. Kayu kempas pula, sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia ( MTIB ) dalam majalah Malaysian Timbers – For Furniture menyatakan daripada sejumlah 3000 spesies kayu-kayan tempatan, Cuma sebilangan dijadikan perabot. Berikut adalah kayu pilihan utama industri pembuatan perabot tempatan.

NYATOH

Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Populasi : Ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar, paya ganbut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur.

Keterangan Am :

– kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
– ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
– bertekstur rata dan sedikit kasar.
– keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.

Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan : Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak/ dek bot dan venier.

SENTANG

Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae.
Populasi : Sering ditemui di hutan tanah dan kawasan bukit.

Keterangan Am :

– kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan.
– ira kayunya berpanca.
– strukturnya yang mirip lingkaran cincin menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata.

Ketahanan : Tidak tahan lama

Kegunaan : Dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot, kemasan, panel, pengadang dan lantai.

KEMBANG SEMANGKOK

Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Populasi : Ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan berpaya.

Keterangan Am :

– kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
– ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima.

Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.

MELUNAK

Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Pentace spp dari spesies keluarga Tiliaceae.
Populasi : Didapati berselerak di tanah rendah dan hutan bukit.

Keterangan Am :

– corak kayu gubal jelas. Teras kayu berwarna coklat bercampur merah dengan sedikit merah jambu atau coklat kemerahan.
– ira rapat dan berpanca.
– tekstur agak halus dan rata.

Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Sesuai untuk pembinaan ringan, kemasan, panel, perabot, lantai, pembinaan bot, perhiasan dalaman dan papan lapis.

MERBAU

Jenis : kayu keras berat.
Nama Botani : Intsia palembanica I. Bijuga dari spesies keluarga Leguminosae.
Populasi : Tersebar secara meluas terutama di kawasan bertanah rendah dan sepanjang sungai.

Keterangan Am :

Corak kayu gubal jelas serta berwarna kuning pucat. Teras kayu akan bertukar daripada kekuningan kepada coklat jingga apabila ia berkeadaan segar, bertukar warna lagi kepada coklat atau coklat kemerahan gelap disebabkan perubahan cuaca. Ira berpanca, tekstur kasar dan tidak rata.

Ketahanan : Tahan lasak
Kegunaan : Gelang pertumbyhan dan warna gelapnya menjadikan ia menarik dibuat kemasan terutama untuk panel, lantai parket, kabinet, bingkai pintu dan tingkap serta dijadikan pemegang alat pertukangan dan perabot kegunaan harian.

KAYU LUAR NEGARA

Sungguhpun sukar didapati di pasaran tempatan namun kayu luar negara turut diminati. Biasanya, ia menjadi pilihan golongan kaya kerana harganya mahal selain reka bentuknya yang hanya sesuai untuk sesetengah kediaman. Kebanyakannya ialah kayu keras daripada pokok berdaun lebar da mudah luruh. Biarppun agak susah dibentuk berbanding kayu lembut, namun ia istimewa kerana isipadu kayunya lebih berat serta mampat, lebih mahal dan tahan lama. Ada lebih daripada 100 jenis kayu keras namun hanya sebilangan saja yang dibuat perabot. Antara paling diminati ialah:

SENTANG

Dianggap kayu keras paling ulung kerana berciri stabil dan sangat elok dijadikan kemasan perabot. Berwarna coklat kemerahan mewah, keistimewaan utama kayu ini terletak kepada ciri tahan lam namun lembut dan mudah dibentuk. Mahogani keluaran Amerika dan Afrika Selatan didakwa paling bermutu. Lazimnya, ia diguna untuk membuat rangka penyambungan, perabot mewah, panel dan pintu.

JATI

Sifatnya yang tahan lama, menjadikannya ia sebagai bahan asas utama pembikinan kapal, perabot, rangka penyambungan, pane dan venier. Malangnya, ia dikatakan sukar dibentuk, berminyak dan perlu diperkemas menggunakan minyak khas. Banyak ditemui di burma dan Asia Tenggara. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu coklat gelap dan kemasan.

WALNUT

Bermutu tinggi, senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan kemasan bernilai. Ia berguna untuk membuat perabot, panel berukir dan venier. Berat kayunya dari ringan ke sederhana ia menampilkan warna yang pelbagai iaitu colat kekelabuan dan coklat ungu. Ia tumbuh meluas di Utara, Tengah dan Selatan Amerika Syarikat, Eropah dan Barat Daya Asia.

OAK

Dahulunya menjadi asas binaan rumah kediaman dan kapal dagang Britain. Seiring perkembangan masa, kegunaannya mula dipelbagaikan dan kini ia menjadi pilihan utama untuk membuat perabot, rangka penyambungan panel, lantai, pintu dan pagar. Sungguhpun, sangat tahan lasak dan ampuh namun ia berat dan sukar dibentuk. Oak hidup subur di serata Eropah, Jepun dan Amerika serta ditemui dalam pelbagai warna daripada kuning pucat hingga ke kuning kemerahan.

ROSEWOOD

Antara kayu yang berbau wangi, berwarna gelap dan meniliki ira halus, cantik dan mewah serta semakin berseri apabila digilap. Begitu pun, ia sukar dibentuk. Ia menjadi eksport utama Amerika Selatan dan Barat, Tengah serta Selatan India. Rosewood paling dinimati kerana menawarkan permukaan kayu mirip jubin. Jenis yang sering digunakan membuat perabot ialah Mexican rosewood dan tigerwood. Berwatna coklat kekuningan, kayu ini bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian kerana permukaan kasar dan mudah merekah.

PENJAGAAN

Perlukan penjagaan rapi kerana kayu sebenarnya berubah mengikut perbezaan cuaca. Sinaran matahari Kesan cahaya matahari boleh menjejaskan kayu dan kemasannya. Sinaran ultra boleh menusnahkan keindahan kayu dalam masa beberapa minggu hingga ke bulan. Sinaran ini juga dapat menembusi lemasan panyudah struktur molekul kayu itu sendiri. Dalam hal ini, warnanya akan berubah dengan pantas. Kemasan meratak atau garisan iranya berpisah seperti corak kulit buaya. Jadi, jauhkan perabot ini dari sinaran mataharidan cara terbaik melindunginya ialah dengan memasang bidai atau melengkapi tingkap dengan perlindungan sinaran ultra ungu.

Suhu dan kelembapan Kedua-dua faktor ini memberi kesan buruk kepada perabot. Sama ada berkemasan atau tidak, kayu akan menyerap apa saja yang ada di persekitarannya. Keadaan kering pula akan menyebabkan kayu ini mengecut kerana kekurangan lembapan. Sebaliknya, jikaterlebih lembapan, kayu itu akan membengkak, retak dan merekah akibat tekanan. Justeru, anda dinasihatkantidak sesekali menempatkan barangan palstik atau getah di atas meja keana ia boleh menyebabkan plasticizer migration (pertembungan dua permukaan yang boleh menyebabkan kerosakan salah satu permukaan) yang merubah struktur kayu.

Slauran kitaran udara tidak sepatutnya dihadang sebarang perabot. Ini kerana haba dan hawa dingin akan mewujudkan satu suhu yang kurang sesuai bagi perabot. Letakkan perabot di tempat yang mudah dilihat tetapi selamat daripada sinaran matahari serta suhu melampau. Pada musin hujan, berhati-hati membuka tingkap supaya air hujan tidak menimpa perabot. Produk kecantikan Berhati-hatiketika menggunakan bahan pelarut seperti alkohol, penanggal pengilat kuku, minyak wangi/ kolon dan sebarangkimia beracun ketika berdekatan perabot. Ini kerana cecair yang tumpah boleh membuatkan permukaan perabot mengelupas dan melunturkan cat serta kemasannya. Bahan pencuci Anda disarankan menggunakan minyak lemon. Sebelum itu, buang habuk pada perabot kemudian cuci sebelum menggilapnya.

Majalah Anjung Seri Keluaran Mac 2003
RENCANA INI DIPETIK DARIPADA MAJALAH ANJUNG SERI, MAJALAH HIASAN DALAMAN NO 1 MALAYSIA dan setiap rencana YANG HENDAK DISIARKAN MESTILAH MENDAPAT KEBENARAN PENGARANG TERLEBIH DAHULU dengan menghantar emel kepada zainizai@beritapub.com.my.